Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Sabah Flour & Feed Mills > Roti > Roti Sandwich
Roti Sandwich
Bahan :
Tepung Gandum Golden Horse (Tepung Roti) 500 gram
Gula 30 gram
Yis 6 gram
Garam 7.5 gram
Bread Improver 1.5 gram
Air sejuk 195 gram
Ais batu 125 gram
Minyak Sayuran 30 gram
Cara-Cara :
- Satukan semua bahan kering dan uli dengan menggunakan stand mixer dengan kelajuan rendah selama 1 minit.
- Masukkan air sejuk ke dalam bahan kering, gaul hingga membentuk tekstur doh yang halus dan elastik sepenuhnya.
- Seterusnya, masukkan minyak sayuran dan kacau sehingga adunan kalis (tekstur nipis dan halus) sepenuhnya.
- Pindahkan doh ke mangkuk yang lebih besar dan biarkan ia berminyak (untuk mengelakkan doh melekat ke mangkuk). Tutup mangkuk dan rehatkan 10 minit.
- Bahagikan adunan menjadi 470gm (7" loyang) setiap satu dan gulungkannya menjadi bentuk bola dan masukkan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak. Biarkan doh kembang sepenuhnya selama 1 jam - 1 jam 30 minit.
- Panaskan ketuhar anda hingga 200°C. Bakar selama 25 - 30 minit.
- Keluarkan loyang dari ketuhar, buka penutup dengan teliti dan sekiranya roti kelihatan pucat (maknanya roti belum cukup masak), kembalikan roti ke dalam ketuhar untuk memanggang selama 10 hingga 15 minit lagi sehingga berubah menjadi coklat keemasan di bahagian atas.
- Segera keluarkan roti dari ketuhar setelah dibakar dan biarkan sehingga sejuk di rak (Supaya bahagian bawah roti tidak menjadi lembap).